Selepas Napster Napster

Dalam tempoh semenjak Napster asal ditutup, beberapa aturcara perkongsian fail rakan ke rakan seperti Morpheus dan KaZaA telah diedarkan. Aturcara ini telah melepasi Napster sebagai sumber utama bagi peminat perkongsian fail MP3 untuk mendapatkan muzik yang mereka ingini. Untuk tempoh setahun, kemungkinannya penutupan Napster (dalam bentuk asal) hanya menyebabkan perlahan sementara dalam pertumbuhan perkongsian fail menurut penyokong perkongsian fail.

Pelayan pusat yang digunakan oleh Napster menjadikannya ia sebagai sasaran perhakiman mudah (walaupun aturcara yang dikenali sebagai "Napigator" membenarkan aturcara Napster untuk memaut kepada sebarang pelayan Napster tidak rasmi), kerana ini jelas menunjukkan kehadiran aktiviti haram, dengan itu menjadikan Napster bersalah kerana cuai kerana tidak cuba mengawal aktiviti haram itu. Sistem gabungan lain seperti KaZaA dan Audiogalaxy juga telah disaman oleh industri rakaman, sementara sistem rakan ke rakan yang lebih tepat seperti Morpheus berasaskan Gnutella dan LimeWire telah terbukti lebih sukar untuk industri muzik untuk menghalang / menutup.

Pada 25 Jun 2003, dalam keputusan batu tanda yang akan kekal menukar perkhidmatan mizik dalam talian dan lanun muzik itu sendiri, RIAA bertukar arah bukan kepada perkhidmatan rakan ke rakan tetapi kepada pengguna komputer itu sendiri dan mengumumkan bahawa ia akan mengemukakan saman awam terhadap mereka kerana terbabit dalam perkongsian fail haram, dan mereka melaksanakan ancaman mereka bermula September tahun yang sama.

Napster kemudiannya digantikan dengan Napster 2.0 dalam usaha meneruskan perniagaan muzik atas talian secara sah.

Berkaitan